Monday 15 February 2016

Zaman ‘Abbasiyyah (132H/750M – 656H/1258m)

Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah adalah khilafah Islam yang paling lama berkuasa dan berperanan dalam mewujudkan tamadun Islam yang gemilang. Tempoh pemerintahan Bani ‘Abbasiyyah dikenali dalam sejarah Barat sebagai The Golden Age

Perkembangan sejerah pemerintahan Bani ‘Abbasyyah dapat dibahagikan kepada tiga zaman;
  1. Zaman Perkembangan (750 - 950M)
  2. Zaman Perpecahan (950 - 1050M)
  3. Zaman Kejatuhan (1050 -1250M)

Pembentukan pemerintahan Bani ‘Abbasiyyah telah melalui proses yang panjang dan terancang. Daulah ‘Abbasiyyah adalah sebuah negara yang menyambung kekuasaan bani Umayyah. Kerajaan ini dinamakan Daulah ‘Abbasiyyah kerana para pemerintah dinasti ini adalah dari keturunan bapa saudara Rasulullah SAW iaitu AL-Abbas bin Abdul Mutalib. Ia dimulakan oleh Abdullah Al-Safah bun Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Al-Abbas. Beliau dilantik menjadi Khalifah pada 3 Rabiul Awwal 132H. Kekuassan Dinasti Bani ‘Abbasiyyah berlangsung dari tahun 750-1258 M.

Penubuhan Daulah ‘Abbasiyyah dianggap suatu revolusi dalam khalifah Islamiyyah. Menurut Crane Brinton, terdapat empat ciri yang menjadi identity revolusi pada masa itu:

1. Sebelum berlakunya revolusi, ideologi phihak pemerintah pada masa itu telah dikritik dengan hebatnya oleh masyarakat kerana mereka kecewa dengan penderitaan yang wujud disebabkan oleh kelemahan-kelemahan ideologi pihak berkuasa.

2.     Pemerintahan yang tidak cekap kerana lemah melakukan penyesuaian system sosial dengan perkembangan keadaan dan tuntutan zaman.

3.     Perubahan sokongan para intelektual yang mendokong ideologi pemerintah kepada wawasan baru yang dipelopori kumpulan penentang.

4.     Revolusi itu merangkumi kerjasama kumpulan bawahan yang tertindas dengan pegawai-pegawai pemerintah yang tidak berpuas hati dengan system yang ada.


Khalifah ‘Abbasiyyah yang disegani iaitu Harun al-Rasyid telah membuktikan kejayaan kerajaan ‘Abbasiyyah dalam mencapai tahap kegemilangannya yang tertinggi meliputi hampir kesemua aspek kehidupan dari ekonomi, pendidikan, kesihatan dan kebudayaan. Pemerintahan Harun al-Rasyid di Baghdad menjangkau tempoh.