Monday 15 February 2016

Kegemilangan Zaman Abbasiyyah

Antara faktor kegemilangan pada zaman Abbasiyyah:-

1.         Kestabilan politik
-          Kawasan pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah sangat luas, meliputi kawasan-kawasan dari  sebelah timur, sempadan-sempadan negeri India dan China hingga di sebelah baratnya di lautan Atlantik, sebelah utara negeri Rom manakala di sebelah selatannya ialah Yaman.  Baghdad menjadi pusat pemerintahan. Jabatan Khalifah berdasarkan sistem monarki. Khalifah menjadi ketua Negara dengan dibantu oleh ahli-ahli majlis yang dilantik oleh wazir. Sementara di jajahan-jajahan wali-wali sebagai wakil khalifah.

2.         Kestabilan Ekonomi
-          Kerajaan Abbasiyyah mengambil berat tentang pertumbuhan dan kegiatan ekonomi. Contohnya dengan memberi galakkan sektor pertanian dan bekalan air disediakan di kawasan-kawasan pertanian. Selain itu juga, mereka turut mendirikan kilang-kilang perusahaan dan pemprosesan seperti kilang gandum. Perniagaan dan perdagangan turut berkembang dengan pesat sekali. Baghdad menjadi pusat perdagangan dunia yang masyur pada ketika itu.

3.         Ketahanan Sosial
-          Hasil dari perkembangan Islam dan keluasan jajahan pemerintahan, kerajaan Abbasiyah telah membawa beberapa perubahan kepada masyarakat. Sebagai contoh, warga Negara terdiri dari pelbagai bangsa seperti Arab, Farsi, Qitbi, Turki dan India. Selain itu, pergaulan semakin bertambah erat sehingga terdapat perkahwinan campur. Kemudahan-kemudahan juga turut diwujudkan seperti hospital-hospital dan jalan raya bagi kemudahan masyarakat pada zaman Abbasiyyah.

4.         Ilmu Pengetahuan
-          Perkembangan pendidikan di zaman ini lebih pesat berbanding di zaman bani Umayyah, disebabkan di zaman bani umaiyah banyak pemberontakan dari puak syiah khususnya yang perlu ditangani. Berbanding negara islam di zaman abbasiyah yang sudah kukuh dan telah menguasai dua pertiga dunia. Untuk itu perhatian diberikan kepada pendidikan dan ekonomi.