Monday 15 February 2016

Peranan Bani ‘Abbasiyyah Dalam Kemajuan Ekonomi

Pentadbiran Islam merangkumi penerapan nilai-nilai Islam seperti amanah,ikhlas dan bijaksana dalam menguruskan masyarakat.

Pentadbiran terbahagi kepada beberapa seperti :
  • ·        Menjelaskan tentang hak dan tanggungjawab umat
  • ·        Ia menekankan tentang dakwah Islam
  • ·        Cara bermuamalat dengan penduduk bukan Islam

Khalifah Harun al-Rasyid menjana kemajuan yang pesat di Baghdad pada zaman pemerintahan ‘Abbasiyyah.

Kejayaan ini dapat dilihat dari perlabuhan antarabangsa atas inisiatif  Harun al-Rasyid yang menjadikan sungai Tigiris sebagai pusat perdagangan yang pesat.

Matawang Arab juga telah sampai ke Rusia,Finland,Sweden dan Jerman. Ini membuktikan saudagar Arab menguasai pasaran dunia.

Pentadbiran ekonomi juga bertambah pesat pada zaman pemerintahan Jaa’far al-Mansur dengan melantik seorang pegawai kewangan yang bertanggungjawab dalam menguruskan ekonomi negara.

Pengurusan yang efisien menjadikan kota Baghdad sebagai pusat pedagangan yang terkenal di seluruh dunia. Saudagar-saudagar Islam pada zaman khalifah Harun al-Rasyid berjaya menguasai pasaran dunia kerana barangan yang diperdagangkan terdiri daripada barang galian seperti emas, permata, intan, bahan sutera dan barang kulit.


SEKTOR UTAMA EKONOMI
Sektor utama ekonomi Kerajaan Abbasiyyah ialah pertanuan, perindustrian dan perdagangan.
1.         Pertanian
-          Dalam sektor pertanian, Kerajaan Abbasiyyah telah banyak berusaha memajukan bidang ini dengan membaik pulih pasarannya. Antara tindakan yang dilakukan seperti membina saliran, melebarkan sungai dan terusaan, membuka tanah pertanian baharu. Menyediakan penyelidikan serta membuat empangan.
-          Pada masa itu, wilayah yang banyak mengeluarkan hasil pertanian ialah Mesir, Syam, Iraq, Yaman, Maghribi, Khurasan dan Andalus.
-          Jenis-jenis hasil pertanian:-

Jenis
Hasil Pertanian
Bijirin
Gandum, barli, beras
Buah-buahan
Anggur, limau, kurma, epal, pisang, buah tin
Sayur-sayuran
Timun, kobis, kacang, ubi
Ternakan
Kambing, lembu, ayam dan itik

2.         Perindustrian
-          Pada masa ini,Kerajaan Abbasiyyah pesat dengan industry pembuatan yang menyebabkan mereka menjadi Negara perindustrian yang terkemuka.
-          Antara industry pembuatan yang terdapat ketika itu ialah tenunan, hamparan, permaidani, pinggan mangkuk, barangan kaca, tembikar, mozek serta barangan kulit dan senjata.

3.         Perdagangan
-          Kemajuan dalam bidang pertanian menyebabkan aktiviti perdagangan berkembang dengan pesat
-          Bidang perdagangan ini telah berkembang sehingga ke peringkat antarabangsa. Antara factor yang mendorong kea rah itu:-
a.       Perkembangan industry perkapalan menyebabkan pergerakan mudah dan cepat
b.      Cerdik pandai muslim ketika itu telah menghasilkan banyak karya hasil daripada penyelidikan yang dilakukan.
c.       Pembukaan wilayah-wilayah baru yang member peluang kepada pasaran-pasaran perniagaan.
d.      Orang Arab memang terkenal sebagai ahli perniagaan sejak zaman jahiliah lagi

e.       Selain itu, inisiatif khalifah Kerjaan Abbasiyyah yang mempergiatkan lagi aktiviti perindustrian dengan membina pusat-pusat perniagaan yang dilengkapi dengan kemudahan seperti perigi, membuat rumah api, dan mengetatkan kawalan keselamatan.

Sumber Kewangan Kerajaan Abbasiyyah

1.         Zakat
-          Zakat ialah kadar harta yang dikeluarkan oleh orang Islam terhadap harta-harta tertentu yang telah cukup nisabnya menurut syarat-syarat tertentu.

2.         Kharaj
-          Kharaj ialah cukai tanah milik orang bukan Islam. Cukai ini juga dikenakan ke atas orang Islam yang diperleh melalui peperangan.
-          Kadar kharaj ini adalah berdasarkan keadaan tanah.

3.         Ghanimah
-          Merupakan harta rampasan
-          80 diberikan kepada mereka yang berjuang dan bakinya dibahagi-bahagikan seperti yang dinyatakan dalam al-Quran.

4.         Fai
-          Merupakan harta yang diperleh melaui pendamaian setelah pihak musuh menyerah kalah.

5.         Jizyah
-          Bayaran yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang menduduki Negara Islam. Apabila individu tersebut memeluk Islam, cukai tersebut tidak perlu dibayar.

6.         Usyur
-          Usyur ialah satu persepuluh.
-          Kadar unu tetap dan dikenakan ke atas kapal perdagangan bukan Islam yang singgah di perlabuhan-perlabuhan Negara Islam untuk tujuan perniagaan.