Monday 15 February 2016

Peranan Bani ‘Abbasiyyah Dalam Kemajuan Pendidikan

Perkembangan ilmu pada zaman ini terbahagi kepada tua tahap, iaitu:

i) Proses penyerapan dan pemindahan ilmu-ilmu klasik:

·        Dikhususkan dalam bidang sains dan falsafah dari bahasa Yunani, Suryani, Parsi dan Sanskrit ke dalam bahasa Arab.
·        Bermula dari pertengahan abad ke tujuh hingga penghujung abad ke lapan (650-799M).
·        Dianggap penting kerana ia menjadi tunjang pembentukan ummah yang berteraskan nilai keislaman sebenar. (Husaini, 1986)

ii) Era kelahiran dan kebangkitan intelektual Muslim:

·        Menyaksikan kegiatan penterjemahan, penyaringan dan penghasilan karya-karya asli dilakukan secara sistematik.
·        Berlaku kegiatan penterjemahan secara giat karya-karya klasik Yunani dalam bidang sains dan falsafah ke bahasa Arab.
·        Keamanan wilayah Islam turut menyumbang kepada perkembangan kegiatan-kegiatan ini. (Husaini, 1986)

Perincian perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman Daulah Abbasiyah dapat diringkaskan seperti berikut: 


Ilmu Agama
  • §  Perkembangan awal ilmu pengetahuan meliputi bidang Qira’at, tafsir, hadith dan fiqh dilihat belum begitu mantap.
  • §  Perkembangan ilmu-ilmu ini pada zaman Daulah Abbasiyyah telah mencapai kemantapan dan kematangannya.
  • §  Ia terbukti dengan kelahiran pelbagai mazhab dan karya-karya penulisan yang disusun secara sistematik seperti penulisan buku-buku pada zaman sekarang.
  • §  Antara ulama’ terkenal pada zaman ini ialah Ibn Juraij (Mekah), Malik bin Anas (Madinah), al-Awza’I (Damsyiq) dan Sufyan al-Thauri di Kufah. (Husaini, 1986)
  • §  Kemunculan Imam Abu Hanifah yang telah mengasaskan mazhab Hanafi telah menyemarakkan lagi perkembangan ilmu pada zaman ini.
  • §  Beliau telah menghasilkan Kitab Fiqh al-Akbar di anggap sebagai pelopor aloran pemikiran secara ra’yi dan manthiq. (al-Sabuni, 1982)


Astronomi (Falak)
  • §  Penemuan terbesar astronomi adalah tentang gerakan cakerawala dan benda-benda dilangit.
  • §  Ilmuwan Islam Berjaya menentukan luas atau ukuran bumi.
  • §  Mereka juga Berjaya menemui kedudukan garis lintang serta mengemukakan teori pergantian malam dan siang.
  • §  Tokoh seperti Abdul Hasan telah menemui dan mengemukakan teori tindak balas atmosfera.
  • §  Pembukan perpustakaan-perpustakaan dan pusat-pusat penyelidikan oleh kaum muslimin di zaman daulah Abbasiyyah telah membantu proses perkembangan ilmu-ilmu astronomi.
  • §  Telah lahir tokoh astronomi seperti al-Battani, al-Kindi, Al-Jaiz, Banu Musa, Al-Biruni, Al-Razi dan Abdurrahman Bin Nasir yang menguasai ilmu Astronomi yang telah dimulakan oleh orang-orang Arab.
  • §  Semasa pemerintahan al-Ma’mun, beberapa balai cerap yang dilengkapi dengan peralatan moden telah didirikan diseluruh wilayah Islam.
  • §  Ilmu falak menjadi ilmu yang sangat diminati pada zaman kebangkitan islam dan ilmu ini memperkatakan tentang pergerakan bintang dan kaitannya dengan bumi.
  • §  Pakar-pakar falak pada zaman Abbasiyyah dilantik sebagai pegawai-pegawai yang bertanggungjawab memberi nasihat dalam hal-hal astronomi.
  • §  Telah berlaku pencapaian yang sangat besar dalam bidang ini, Ilmuwan Islam telah mengumpul pelbagai ilmu astronomi dari pelbagai negara.
  • §  Sumbangan tokoh seperti al-Battani yang dapat dilihat dalam ilmu geometri, fizik, matematik, dan kaji bintang.
  • §  Beliau juga telah membetulkan kesilapan Batlaimus dari Yunani dalam bukunya, al-Mijisti.
  • §  Mukadimah buku ini ialah tentang kebaikan ilmu falak.
  • §  Kajian-kajian astronomi dijalankan di balai cerap bintang di Rakqah. (Mahmood Zuhdi, 2000)


Perubatan
  • §  Orang islam buat pertama kalinya membina hospital dan klinik serta sekolah-sekolah perubatan yang lengkap dengan pusat-pusat penyelidikan serta perpustakaannya.
  • §  Bergiat aktif mengembangkan teori-teori penggunaan ubat-ubatan moden yang secara tidak langsung telah mengembangkan bidang farmasi.
  • §  Pada abad ke-11, al-Zahrawi telah memperkenalkan kaedah penelitian ilmiah dalam ilmu kedoktoran, pembedahan dan farmakologi.
  • §  Beliau membuat diagnosis dan Berjaya merawat banyak penyakit gagal dilakukan sebelumnya. (Mahmood Zuhdi, 2000)


Oseonografi (Kelautan)
  • §  Para penyelidikan Muslim-Arab seperti al-Ya’qubi, Jaihani, Ibnu Zubair, Abu zin Balkhi, al-Astaqir, Mas’udi, al-maqdasi, al-Biruni, Yaqud dan sebagainya yang telah menghasilkan karya-karya penyelidikan mereka dalam ilmu Oseanografi.
  • §  Al-Idrisi telah menghasilkan peta dunia yang tepat dengan pelbagai bentuk geografi dan muka bumi sebagaimana peta zaman moden.
  • §  Ibnu Haikal telah menghuraikan dunia dengan panjang lebar dan memperkenalkan daerah-daerah di seluruh dunia melalui peta.
  • §  Hasil-hasil karya Ibnu Batuta merupakan cerita perjalanan terbaik yang pernah ditulis umat manusia.
  • §  Tercatat juga nama Al-Khawarizmi sebagai kartografer (pembuat peta) terawal di dunia. (Mahmood Zuhdi, 2000)



Ilmu-Ilmu Nautika (kapal dan pelayaran)
  • §  Telah wujud industri membina kapal di Mesir dan Syria.
  • §  Bani Abbasiyyah telah mengembangkan usaha kajian terhadap maritime dan kelautan.
  • §  Orang-orang Islam bertanggungjawab mengembangkan peta-peta pelayaran ke seluruh dunia.
  • §  Pelbagai panduan pedoman dibangunkan bagi mengatasi masalah panduan lama menggunakan angina malam dan bintang-bintang.
  • §  Tercipta satu penemuan agung iaitu kompas yang penting untuk menentukan arah gerakan sewaktu berlayar. (Mahmood Zuhdi, 2000)

Ilmu Matematik
  • §  Algebra, statistic, logaritma dan semua cabang ilmu matematik lain adalah hasil penemuan orang-orang Islam.
  • §  Mereka telah mewujudkan ilmu ukur, bidang, lingkaran dan system hitungan yang terdapat dalam matematik.
  • §  Dalam perspektif Islam, matematik adalah suatu jalan yang menghubungkan di antara sensible (apa yang dirasa) dengan intelengible (apa yang difikir)
  • §  Menjadi perhubungan antara alam yang selalu berubah dengan alam yang kekal abadi.
  • §  Di antara ahli matematik Islam yang terkenal ialah Al-Khawarizmi. (Mahmood Zuhdi, 2000)


Ilmu Pertanian
  • §  Ilmuwan di Mesir, Syria, Iraq, dan Hijaz telah memperkenalkan alat-alat ukur yang bermanfaat dalam aktiviti pertanian.
  • §  Mereka juga aktif melaksanakan kajian dalam pertanian dan penternakan.


Falsafah
  • §  Bidang falsafah telah menghasilkan tokoh-tokoh falsafah seperti al-Kindi, al-Farbbi, Ibnu Sina, Ibnu Bajjah, Ibnu Tufail, al-Ghazali, Ibnu Rusydi dan lain-lain.
  • §  Ahli falsafah ini yakin bahawa wujud hubungan di antara al-Quran dengan akal.
  • §  Mereka telah berjaya menghubungkan di antara ajaran yang dibawa oleh Al-Quran dan kefahaman berlandaskan akal fikiran. (Esa, 2001)

      Penterjemahan
  • §  Khalifah Al-Makmun yang memerintah pada 813M telah mendirikan Baitul Hikmah untuk tujuan menjalankan kegiatan menterjemah buku-buku falsafah dan sains dari bahasa Yunani kepada Bahasa Arab.


Sejarah
  • §  Mendorong mereka berusaha untuk menghimpun data-data persejarahan.
  • §  Buku-buku sejarah yang disusun pada zaman itumembahaskan tentang sejarah peperangan, ekonomi, politik, sosial, suku kaum, golongan dan sebagainya.
  • §  Ahli-ahli sejarang yang terkenal adalah seperti Abu Ismail, al-Azdi, al-Waqidi, al-Maghazi yang menghasilkan Futuh al-Syam, Fath Afrika, Fath al-Azam dan sebagainya. (Ahmad Syafi’I Maarif dan M. Amin Abdullah, 2007)


Seni dan Budaya 
  • §  Ia merangkumi seni suara melalui penyair-penyair seperti Abu Nawas, Abu Atahiyah, Abu Tamam dan Da’bal Al Khuza.
  • §  Seni drama pula wujud sebagai kegemaran tokoh seperti Abu Ala Mu’ary.
  • §  Dalam seni muzik, tokoh yang terkenal pada zaman ini sebagai penggubah muzik pertama dalam Islam ialah Yunus bin Sulaiman Al-Kahtib.
  • §  Bidang kesenian lain yang lahir pada zaman ini termasuk seni pahat, ukiran, ulaman, lukisan, hiasan bangunan dan lain-lain. (Syafiq A. Mughni, 1997)