Monday 15 February 2016

Kejatuhan Zaman Abbasiyyah

Antara faktor kejatuhan pada zaman Abbasiyyah:-

1.         Kelemahan pemerintahan Kerajaan Abbasiyah
-          Semasa pemerintahan Al-Wathiq, beliau tidak melaksanakan pembaharuan dalam pemerintahan malah beliau mengekalkan tardisi bapanya dan banyak bergantung kepada pegawai-pegawai Turki.

2.        Perpecahan wilayah-wilayah di bawah kekuasaan Kerajaan Abbasiyah
-          Pada akhir kurun ke-9 Masihi, kuasa khalifah semakin terbatas. Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan seperti menteri, gabenor dan panglima tentera banyak dipegang oleh pegai-pegawai Parsi dan Turki. Ini memberi peluang kepada mereka untuk membentuk kerajaan sendiri seperti Kerajaan Al-Tahiriah, Al- Buwaihiah, Al-Tuluniah dan Al-Saljuqiah.

3.         Perebutan kuasa
-          Khalifah Al-Mutawakkil melantik tiga orang puteranya iaitu Al-Muntasir, Al-Mu'taz dan Al-Muayyad sebagai putera mahkota (Wali Al-Ahdi). Baginda telah memilih Al-Mu'taz isitu puteranya yang kedua sebagai bakal penggantinya dengan mengetepikan putera sulungnya iaitu Al-Munatasir. Ini menyebabkan perbalahan antara Al-Muntasir dengan Al-Mu'taz. Hal ini memberi peluang pegawai Turki masuk campur dan bertindak sebagai penguasa sebenar kerajaan itu.


4.        Kegawatan ekonomi
-          Kerajaan Abbasiyah mula mengalami masalah kegawatan ekonomi pada Penggal Ketiga. Rusuhan dan pemberontakan sering kali mengganggu aktiviti perekonomian menyebabkan pedagang luar takut untuk datang ke Baghdad. Akhirnya dana yang terdapat di dalam Baitumal berkurangan dan tidak dapat menampung keperluannya.

5.       Perselisihan Aliran Fahaman Keagamaan
-          Pemberonak daripada kalangan Syiah dan Khawarij sering mengganggu Kerajaan Abbasiyah. Mereka beriktikad bahawa jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin-peminpin daripada kalangan mereka. Pemberontakan daripada golongan -golongan tersebut menjejaskan suasana dan ketenteraman awam.

6.       Serangan dari luar
-          Kerajaan Abbasiyah sering diserang oleh musuh dari Utara, Timur dan Barat. Pihak Utara terdiri dari orang Georgia dan Armenia menyerang Azerbaijan dan kawasan -kawasan sekitarnya sehingga mengakibatkan beribu-beribu umat islam dibunuh dan harta benda mereka dirampas. Dari sebelah Barat, Kerajaan Abbasiyah berhadapan dengan ancaman tentera Salib. Pada awalnya serangan tentera Salib dapat ditangkis oleh kerajaan Abbasiyah. Peperangan tersebut menyebabkan Kerajaan Abbasiyah semakin lemah. Terdapat banyak wilayah kecil menuntut kemerdekaan. Umat islam di Andalus telah diusir keluar. Ini memberi peluang kepada Kerajaan Monggul merampas tampuk pemerintahan Baghdad pada tahun 656 Hijrah/1258 Masihi.