Perkembangan ilmu pada zaman ini terbahagi
kepada tua tahap, iaitu:
i) Proses penyerapan dan pemindahan
ilmu-ilmu klasik:
·
Dikhususkan dalam bidang
sains dan falsafah dari bahasa Yunani, Suryani, Parsi dan Sanskrit ke dalam
bahasa Arab.
·
Bermula dari pertengahan
abad ke tujuh hingga penghujung abad ke lapan (650-799M).
·
Dianggap penting kerana
ia menjadi tunjang pembentukan ummah
yang berteraskan nilai keislaman sebenar. (Husaini, 1986)
ii) Era kelahiran dan kebangkitan
intelektual Muslim:
·
Menyaksikan kegiatan
penterjemahan, penyaringan dan penghasilan karya-karya asli dilakukan secara
sistematik.
·
Berlaku kegiatan
penterjemahan secara giat karya-karya klasik Yunani dalam bidang sains dan
falsafah ke bahasa Arab.
·
Keamanan wilayah Islam
turut menyumbang kepada perkembangan kegiatan-kegiatan ini. (Husaini, 1986)
Perincian perkembangan ilmu pengetahuan
pada zaman Daulah Abbasiyah dapat diringkaskan seperti berikut:
Ilmu Agama
- § Perkembangan awal ilmu pengetahuan meliputi bidang Qira’at, tafsir, hadith dan fiqh dilihat belum begitu mantap.
- § Perkembangan ilmu-ilmu ini pada zaman Daulah Abbasiyyah telah mencapai kemantapan dan kematangannya.
- § Ia terbukti dengan kelahiran pelbagai mazhab dan karya-karya penulisan yang disusun secara sistematik seperti penulisan buku-buku pada zaman sekarang.
- § Antara ulama’ terkenal pada zaman ini ialah Ibn Juraij (Mekah), Malik bin Anas (Madinah), al-Awza’I (Damsyiq) dan Sufyan al-Thauri di Kufah. (Husaini, 1986)
- § Kemunculan Imam Abu Hanifah yang telah mengasaskan mazhab Hanafi telah menyemarakkan lagi perkembangan ilmu pada zaman ini.
- § Beliau telah menghasilkan Kitab Fiqh al-Akbar di anggap sebagai pelopor aloran pemikiran secara ra’yi dan manthiq. (al-Sabuni, 1982)
Astronomi (Falak)
- § Penemuan terbesar astronomi adalah tentang gerakan cakerawala dan benda-benda dilangit.
- § Ilmuwan Islam Berjaya menentukan luas atau ukuran bumi.
- § Mereka juga Berjaya menemui kedudukan garis lintang serta mengemukakan teori pergantian malam dan siang.
- § Tokoh seperti Abdul Hasan telah menemui dan mengemukakan teori tindak balas atmosfera.
- § Pembukan perpustakaan-perpustakaan dan pusat-pusat penyelidikan oleh kaum muslimin di zaman daulah Abbasiyyah telah membantu proses perkembangan ilmu-ilmu astronomi.
- § Telah lahir tokoh astronomi seperti al-Battani, al-Kindi, Al-Jaiz, Banu Musa, Al-Biruni, Al-Razi dan Abdurrahman Bin Nasir yang menguasai ilmu Astronomi yang telah dimulakan oleh orang-orang Arab.
- § Semasa pemerintahan al-Ma’mun, beberapa balai cerap yang dilengkapi dengan peralatan moden telah didirikan diseluruh wilayah Islam.
- § Ilmu falak menjadi ilmu yang sangat diminati pada zaman kebangkitan islam dan ilmu ini memperkatakan tentang pergerakan bintang dan kaitannya dengan bumi.
- § Pakar-pakar falak pada zaman Abbasiyyah dilantik sebagai pegawai-pegawai yang bertanggungjawab memberi nasihat dalam hal-hal astronomi.
- § Telah berlaku pencapaian yang sangat besar dalam bidang ini, Ilmuwan Islam telah mengumpul pelbagai ilmu astronomi dari pelbagai negara.
- § Sumbangan tokoh seperti al-Battani yang dapat dilihat dalam ilmu geometri, fizik, matematik, dan kaji bintang.
- § Beliau juga telah membetulkan kesilapan Batlaimus dari Yunani dalam bukunya, al-Mijisti.
- § Mukadimah buku ini ialah tentang kebaikan ilmu falak.
- § Kajian-kajian astronomi dijalankan di balai cerap bintang di Rakqah. (Mahmood Zuhdi, 2000)
Perubatan
- § Orang islam buat pertama kalinya membina hospital dan klinik serta sekolah-sekolah perubatan yang lengkap dengan pusat-pusat penyelidikan serta perpustakaannya.
- § Bergiat aktif mengembangkan teori-teori penggunaan ubat-ubatan moden yang secara tidak langsung telah mengembangkan bidang farmasi.
- § Pada abad ke-11, al-Zahrawi telah memperkenalkan kaedah penelitian ilmiah dalam ilmu kedoktoran, pembedahan dan farmakologi.
- § Beliau membuat diagnosis dan Berjaya merawat banyak penyakit gagal dilakukan sebelumnya. (Mahmood Zuhdi, 2000)
Oseonografi (Kelautan)
- § Para penyelidikan Muslim-Arab seperti al-Ya’qubi, Jaihani, Ibnu Zubair, Abu zin Balkhi, al-Astaqir, Mas’udi, al-maqdasi, al-Biruni, Yaqud dan sebagainya yang telah menghasilkan karya-karya penyelidikan mereka dalam ilmu Oseanografi.
- § Al-Idrisi telah menghasilkan peta dunia yang tepat dengan pelbagai bentuk geografi dan muka bumi sebagaimana peta zaman moden.
- § Ibnu Haikal telah menghuraikan dunia dengan panjang lebar dan memperkenalkan daerah-daerah di seluruh dunia melalui peta.
- § Hasil-hasil karya Ibnu Batuta merupakan cerita perjalanan terbaik yang pernah ditulis umat manusia.
- § Tercatat juga nama Al-Khawarizmi sebagai kartografer (pembuat peta) terawal di dunia. (Mahmood Zuhdi, 2000)
Ilmu-Ilmu Nautika (kapal dan pelayaran)
- § Telah wujud industri membina kapal di Mesir dan Syria.
- § Bani Abbasiyyah telah mengembangkan usaha kajian terhadap maritime dan kelautan.
- § Orang-orang Islam bertanggungjawab mengembangkan peta-peta pelayaran ke seluruh dunia.
- § Pelbagai panduan pedoman dibangunkan bagi mengatasi masalah panduan lama menggunakan angina malam dan bintang-bintang.
- § Tercipta satu penemuan agung iaitu kompas yang penting untuk menentukan arah gerakan sewaktu berlayar. (Mahmood Zuhdi, 2000)
Ilmu Matematik
- § Algebra, statistic, logaritma dan semua cabang ilmu matematik lain adalah hasil penemuan orang-orang Islam.
- § Mereka telah mewujudkan ilmu ukur, bidang, lingkaran dan system hitungan yang terdapat dalam matematik.
- § Dalam perspektif Islam, matematik adalah suatu jalan yang menghubungkan di antara sensible (apa yang dirasa) dengan intelengible (apa yang difikir)
- § Menjadi perhubungan antara alam yang selalu berubah dengan alam yang kekal abadi.
- § Di antara ahli matematik Islam yang terkenal ialah Al-Khawarizmi. (Mahmood Zuhdi, 2000)
Ilmu Pertanian
- § Ilmuwan di Mesir, Syria, Iraq, dan Hijaz telah memperkenalkan alat-alat ukur yang bermanfaat dalam aktiviti pertanian.
- § Mereka juga aktif melaksanakan kajian dalam pertanian dan penternakan.
Falsafah
- § Bidang falsafah telah menghasilkan tokoh-tokoh falsafah seperti al-Kindi, al-Farbbi, Ibnu Sina, Ibnu Bajjah, Ibnu Tufail, al-Ghazali, Ibnu Rusydi dan lain-lain.
- § Ahli falsafah ini yakin bahawa wujud hubungan di antara al-Quran dengan akal.
- § Mereka telah berjaya menghubungkan di antara ajaran yang dibawa oleh Al-Quran dan kefahaman berlandaskan akal fikiran. (Esa, 2001)
Penterjemahan
- § Khalifah Al-Makmun yang memerintah pada 813M telah mendirikan Baitul Hikmah untuk tujuan menjalankan kegiatan menterjemah buku-buku falsafah dan sains dari bahasa Yunani kepada Bahasa Arab.
Sejarah
- § Mendorong mereka berusaha untuk menghimpun data-data persejarahan.
- § Buku-buku sejarah yang disusun pada zaman itumembahaskan tentang sejarah peperangan, ekonomi, politik, sosial, suku kaum, golongan dan sebagainya.
- § Ahli-ahli sejarang yang terkenal adalah seperti Abu Ismail, al-Azdi, al-Waqidi, al-Maghazi yang menghasilkan Futuh al-Syam, Fath Afrika, Fath al-Azam dan sebagainya. (Ahmad Syafi’I Maarif dan M. Amin Abdullah, 2007)
Seni dan Budaya
- § Ia merangkumi seni suara melalui penyair-penyair seperti Abu Nawas, Abu Atahiyah, Abu Tamam dan Da’bal Al Khuza.
- § Seni drama pula wujud sebagai kegemaran tokoh seperti Abu Ala Mu’ary.
- § Dalam seni muzik, tokoh yang terkenal pada zaman ini sebagai penggubah muzik pertama dalam Islam ialah Yunus bin Sulaiman Al-Kahtib.
- § Bidang kesenian lain yang lahir pada zaman ini termasuk seni pahat, ukiran, ulaman, lukisan, hiasan bangunan dan lain-lain. (Syafiq A. Mughni, 1997)