Pentadbiran
Islam merangkumi penerapan nilai-nilai Islam seperti amanah,ikhlas dan
bijaksana dalam menguruskan masyarakat.
Pentadbiran
terbahagi kepada beberapa seperti :
- · Menjelaskan tentang hak dan tanggungjawab umat
- · Ia menekankan tentang dakwah Islam
- · Cara bermuamalat dengan penduduk bukan Islam
Khalifah
Harun al-Rasyid menjana kemajuan yang pesat di Baghdad pada zaman pemerintahan
‘Abbasiyyah.
Kejayaan
ini dapat dilihat dari perlabuhan antarabangsa atas inisiatif Harun al-Rasyid yang menjadikan sungai
Tigiris sebagai pusat perdagangan yang pesat.
Matawang
Arab juga telah sampai ke Rusia,Finland,Sweden dan Jerman. Ini membuktikan
saudagar Arab menguasai pasaran dunia.
Pentadbiran
ekonomi juga bertambah pesat pada zaman pemerintahan Jaa’far al-Mansur dengan
melantik seorang pegawai kewangan yang bertanggungjawab dalam menguruskan
ekonomi negara.
Pengurusan
yang efisien menjadikan kota Baghdad sebagai pusat pedagangan yang terkenal di
seluruh dunia. Saudagar-saudagar Islam pada zaman khalifah Harun al-Rasyid
berjaya menguasai pasaran dunia kerana barangan yang diperdagangkan terdiri
daripada barang galian seperti emas, permata, intan, bahan sutera dan barang
kulit.
SEKTOR UTAMA EKONOMI
Sektor utama ekonomi Kerajaan Abbasiyyah ialah pertanuan, perindustrian dan perdagangan.
1. Pertanian
- Dalam sektor pertanian, Kerajaan Abbasiyyah telah banyak berusaha memajukan bidang ini dengan membaik pulih pasarannya. Antara tindakan yang dilakukan seperti membina saliran, melebarkan sungai dan terusaan, membuka tanah pertanian baharu. Menyediakan penyelidikan serta membuat empangan.
- Pada masa itu, wilayah yang banyak mengeluarkan hasil pertanian ialah Mesir, Syam, Iraq, Yaman, Maghribi, Khurasan dan Andalus.
- Jenis-jenis hasil pertanian:-
Jenis
|
Hasil Pertanian
|
Bijirin
|
Gandum, barli, beras
|
Buah-buahan
|
Anggur, limau, kurma, epal, pisang, buah tin
|
Sayur-sayuran
|
Timun, kobis, kacang, ubi
|
Ternakan
|
Kambing, lembu, ayam dan itik
|
2. Perindustrian
- Pada masa ini,Kerajaan Abbasiyyah pesat dengan industry pembuatan yang menyebabkan mereka menjadi Negara perindustrian yang terkemuka.
- Antara industry pembuatan yang terdapat ketika itu ialah tenunan, hamparan, permaidani, pinggan mangkuk, barangan kaca, tembikar, mozek serta barangan kulit dan senjata.
3. Perdagangan
- Kemajuan dalam bidang pertanian menyebabkan aktiviti perdagangan berkembang dengan pesat
- Bidang perdagangan ini telah berkembang sehingga ke peringkat antarabangsa. Antara factor yang mendorong kea rah itu:-
a. Perkembangan industry perkapalan menyebabkan pergerakan mudah dan cepat
b. Cerdik pandai muslim ketika itu telah menghasilkan banyak karya hasil daripada penyelidikan yang dilakukan.
c. Pembukaan wilayah-wilayah baru yang member peluang kepada pasaran-pasaran perniagaan.
d. Orang Arab memang terkenal sebagai ahli perniagaan sejak zaman jahiliah lagi
e. Selain itu, inisiatif khalifah Kerjaan Abbasiyyah yang mempergiatkan lagi aktiviti perindustrian dengan membina pusat-pusat perniagaan yang dilengkapi dengan kemudahan seperti perigi, membuat rumah api, dan mengetatkan kawalan keselamatan.
Sumber Kewangan Kerajaan Abbasiyyah
1. Zakat
- Zakat ialah kadar harta yang dikeluarkan oleh orang Islam terhadap harta-harta tertentu yang telah cukup nisabnya menurut syarat-syarat tertentu.
2. Kharaj
- Kharaj ialah cukai tanah milik orang bukan Islam. Cukai ini juga dikenakan ke atas orang Islam yang diperleh melalui peperangan.
- Kadar kharaj ini adalah berdasarkan keadaan tanah.
3. Ghanimah
- Merupakan harta rampasan
- 80% diberikan kepada mereka yang berjuang dan bakinya dibahagi-bahagikan seperti yang dinyatakan dalam al-Quran.
4. Fai
- Merupakan harta yang diperleh melaui pendamaian setelah pihak musuh menyerah kalah.
5. Jizyah
- Bayaran yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang menduduki Negara Islam. Apabila individu tersebut memeluk Islam, cukai tersebut tidak perlu dibayar.
6. Usyur
- Usyur ialah satu persepuluh.
- Kadar unu tetap dan dikenakan ke atas kapal perdagangan bukan Islam yang singgah di perlabuhan-perlabuhan Negara Islam untuk tujuan perniagaan.