Kerajaan 'Abbasiyyah merupakan sebuah kerajaan yang boleh dikatakan sebagai salah sebuah zaman yang paling gemilang dalam sejarah Islam. Sejarah zaman ini telah memberikan banyak pengajaran terhadap umat Islam pada masa kini. Kebangkitan, kejatuhan dan sumbangannya perlu diamati oleh setiap umat Islam agar boleh dijadikan sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan.